The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS19 | Selangor FC vs Kuala Lumpur City FC | #DerbiLembahKlang

Aug 07, 2023 - FAS

Selangor FC akan menerima kunjungan Kuala Lumpur FC bagi perlawanan Derbi Lembah Klang Liga Super 2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya esok (8 Ogos) pada jam 9:00 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-88 di antara #SELKLC. Gergasi Merah telah memenangi 52 perlawanan dan 18 seri. Selain itu, 163 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. 

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berharap pasukan sentiasa bersedia dengan serangan yang akan dilakukan oleh pihak lawan.

"Kalau kita lihat, dua perlawanan baru-baru ini mereka telah menjaringkan jumlah gol yang cukup besar. Ini menunjukkan pasukan mereka berada dalam satu landasan yang baik. Kita juga perlu berharap barisan pertahanan sedia dengan serangan-serangan pasukan lawan terutamanya daripada penyerang mereka. Tetapi saya rasa kita perlu tahu kekuatan pasukan kita adalah juga dalam bahagian serangan.

"Derbi Lembah Klang sudah semestinya akan menjadi perlawanan yang cukup sengit. Barisan jurulatih telah membuat persiapan untuk aksi esok. Walaupun kita ada beberapa pemain yang tidak dapat bersama pasukan atas faktor penggantungan, saya yakin pemain-pemain yang ada mampu menggalas tanggungjawab bagi membantu pasukan mendapatkan kemenangan," tegas Tan Cheng Hoe.

Bagi keberadaan pemain, menurut Tan Cheng Hoe juga, tiga pemain, Fazly Mazlan, Sharul Nazeem dan Alexander Agyarkwa mengalami penggantungan daripada tiga kad kuning. Selain itu, Khuzaimi Piee yang mengalami kecederaan berkemungkinan akan bersama pasukan pada hari esok.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pemain akan memastikan Derbi Lembah Klang ini menjadi perlawanan yang memberangsangkan. Teruskan dengan aksi cemerlang, Gergasi Merah! 

Demi Kebanggaan!